A-Life Med Regular-i : Kad Perubatan (Stand Alone)

A-Life Med Regular-i, satu pelan perubatan Takaful lengkap yang menawarkan faedah perubatan dan rawatan di hospital yang komprehensif sehingga umur 100 tahun. Manfaat perlindungan perubatan tanpa dikenakan caj Ko-takaful dan Had Seumur Hidup!

A-LifeLink-i : Perlindungan dan Simpanan

Lengkapi diri dengan pelan perlindungan dan pelaburan fleksibel yang boleh diubah mengikut perubahan dalam kehidupan anda. A-LifeLink-i membantu anda untuk mengemudi risiko kehidupan dengan menyediakan perlindungan ke atas kematian dan Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal.

nurulhusna.com

A-EnrichGold : Pelan Simpanan

A-EnrichGold, satu pelan simpanan di mana tempoh pembayaran premium singkat yang menawarkan kedua-dua bayaran tunai terjamin dan pertumbuhan berpotensi dalam dana yang dilaburkan serta digabungkan dengan perlindungan takaful!

A-SME Plus-i: Perlindungan Korporat

Pekerja anda merupakan tulang belakang perniagaan anda dan sebagai majikan yang bertanggungjawab, adalah penting bagi anda untuk melabur dalam kesejahteraan mereka. Melaburlah di dalam A-SME Plus-i dan anda boleh memastikan kebajikan pekerja anda akan dijaga degan baik!

Quotation AIA Percuma!

Anda masih belum memiliki apa-apa polisi insurans atau takaful? Ingin mendapatkan Perlindungan AIA Public Takaful? Apakata luangkan sedikit masa anda yang sangat berharga itu untuk mengisi Borang Permohonan Quotation (Sebut Harga) secara PERCUMA!

Friday, 20 November 2015

A-Life Med Regular-i - Kad Perubatan Stand Alone (Regular)



Apakah A-Life Med Regular-i?

A-Life Med Regular-i adalah pelan Takaful Perubatan dan Kesihatan (Kad Perubatan tunggal) caruman berkala yang menyediakan perlindungan komprehensif untuk penghospitalan dan pembedahan tanpa had seumur hidup dan menawarkan perlindungan sehingga umur 100 tahun.

Kad Perubatan A-Life Med Regular-i akan memberi anda tanggungan rawatan hospital (panel) tahunan sebanyak minimum RM100,000 (pelan bilik ward RM150) dan maksimum RM150,000 (pelan bilik wad RM250).

Umur yang layak untuk mendapatkan perlindungan A-Life Med Regular-i



Apakah Kelebihan-Kelebihan A-Life Med Regular-i?

1. Kemasukan Hospital dengan kemudahan “Just Swipe”
Anda akan menerima kad perubatan dengan ciri “Just Swipe” untuk memudahkan proses kemasukan dan pelepasan hospital tanpa menunggu Guarantee Letter (GL).

2. Perlindungan Pilihan untuk Keluarga Anda
Anda boleh memilih untuk melindungi:
  • Individu (diri sendiri)
  • Individu dan Pasangan
  • Individu dan 4 orang anak
  • Individu + Pasangan + 4 orang anak
3. Tiada Istilah 'bayar dahulu, tuntut kemudian'
A-Life Med Regular-i membayar rawatan perubatan anda untuk jumlah tuntutan sehingga Had Tahunan yang telah ditetapkan oleh pelan.

4. Tiada Had Seumur Hidup
Pastikan keperluan penjagaan kesihatan anda dan keluarga anda akan sentiasa diuruskan dengan ciri Tiada Had Seumur Hidup. Disertakan dengan program Rujukan Bantuan Kecemasan (REA). Nikmati perkhidmatan di seluruh dunia dengan menelefon talian perkhidmatan 24 jam!


Apakah Faedah Di Bawah Kad Perubatan A-Life Med Regular-i?


Berapakah harga caruman A-Life Med Regular-i?

Harga caruman dibayar bergantung kepada umurjantina serta pakej dan pelan yang anda ambil:

Anda boleh Muat Turun senarai harga caruman tahunan di bawah ini:

1. Harga Pelan Individu (Lelaki @ Wanita): Klik di sini
2. Harga Pelan Individu + Pasangan: Klik di sini
3. Harga Pelan Individu + Pasangan + 4 Orang Anak: Klik di sini
4. Harga Pelan Individu (lelaki @ Wanita) + 4 Orang Anak: Klik di sini

Jika anda ingin tahu harga caruman bulanan, sila bahagi dengan 12.


Berminat? Boleh PM Facebook kami, sila klik

Sila nyatakan:


  • Nama Penuh:
  • Tarikh Lahir:
  • Pekerjaan:
  • Nama Penuh Pasangan (jika ada)
  • Tarikh Lahir Pasangan:
  • Pakej Takaful (Individu, Keluarga dll):
  • Pilihan Pelan Bilik Wad (RM150, RM200, RM250): 
  • No Telefon:

Kami akan janakan 'proposal' untuk anda!


Tuesday, 17 November 2015

A-Enrich Gold-i - Simpanan Pelaburan & Faedah Gaya Hidup



1. Apakah Pelan A-Enrich Gold-i?

A-EnrichGold-i adalah produk perlindungan Takaful 25 tahun atau 30 Tahun (boleh pilih) Patuh Syariah yang menawarkan gabungan pelan Takaful Keluarga Biasa dan Takaful Berkaitan-Pelaburan dengan caruman berkala terhad selama 10 tahun atau 20 tahun (boleh pilih).




2. Apakah kelebihan-kelebihan A-Enrich Gold-i?

Tempoh Pembayaran Caruman Singkat! 

Hanya 10 tahun atau 20 tahun sahaja (boleh pilih) pembayaran caruman yang membolehkan anda menikmati manfaat faedah dan perlindungan sehingga 25 tahun atau 30 tahun! Anda berpuas hati? 

Anda boleh pilih 2 pelan:
-Bayar 10 tahun: Nikmati faedah dan perlindungan sehingga 25 tahun 
-Bayar 20 tahun: Nikmati faedah dan perlindungan sehingga 30 tahun 


Bayaran Tunai Faedah Gaya Hidup (FGH) yang Terjamin dan Meningkat!

Anda dijamin dengan bayaran wang tunai 'Faedah Gaya Hidup' (FGH) sebanyak 5% dari jumlah yang dilindungi bermula dari akhir tahun ke-2 polisi anda selama 10 tahun (diberikan setiap 2 tahun). Kemudian ianya akan meningkat sebanyak 8% dari jumlah yang dilindungi dari tahun ke-11 polisi (diberikan setiap tahun). Pada tahun ke 20 polisi, ianya akan terus meningkat menjadi 12% dari jumlah yang dilindungi dan diberikan setiap tahun sehingga tahun polisi ke 25 (tempoh matang). Lihat contoh di bawah:

Jadual untuk Bayar 10 tahun: Nikmati Faedah Gaya Hidup sehingga 25 tahun:

Jadual untuk Bayar 20 tahun: Nikmati Faedah Gaya Hidup sehingga 30 tahun:


Nilai Kematangan Terjamin sebanyak 120%!

Apabila polisi takaful anda telah mencapai tempoh matang iaitu pada tahun ke-25, anda akan diberikan wang tunai Kematangan Terjamin iaitu bersamaan dengan 120% dari nilai dilindungi anda! Contoh, jika nilai dilindungi anda adalah sebanyak RM100,000 maka wang kematangan terjamin yang anda akan terima adalah sebanyak RM120,000! (untuk pelan bayar 10 tahun, faedah 25 tahun).



Pertumbuhan Berpotensi atas Dana yang Dilaburkan!

Anda boleh menikmati potensi pulangan pelaburan yang tinggi melalui pilihan dana pelaburan. Bagi setiap caruman yang dibayar, 30% daripada bayaran caruman akan diperuntukkan ke dalam instrumen pelaburan A-Plus Enhancer. Amaun ini akan membeli 95% unit dalam dana pelaburan yang dipilih!




Pampasan kematian yang besar apabila meninggal sebelum tempoh matang!

Sekiranya Orang Dilindungi meninggal dunia, Jumlah Dilindungi Asas dan FGH tertunggak atau 200% daripada Jumlah Dilindungi Asas, yang mana lebih tinggi, akan dibayar. Sekiranya kematian akibat kemalangan, tambahan 100% daripada Jumlah Dilindungi Asas akan dibayar.

Faedah Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal (HUMK)

Sekiranya Orang Dilindungi mengalami HUMK sebelum mencapai umur 65 tahun, Jumlah keseluruhan Jumlah Dilindungi Asas dan FGH tertunggak atau 200% daripada Jumlah Dilindungi Asas, yang mana lebih tinggi, akan dibayar. Sekiranya HUMK akibat kemalangan, tambahan 100% daripada Jumlah Dilindungi Asas akan dibayar. 




3. Bagaimana A-Enrich Gold-i berfungsi?


Bayar 10 tahun: Nikmati faedah sehingga 25 tahun (nilai matang, 120%)





Bayar 20 tahun: Nikmati faedah sehingga 30 tahun (nilai matang, 120%)




Berminat? Boleh PM Facebook kami, sila klik: https://goo.gl/smqoQ

Sila nyatakan:

Nama Penuh:
Tarikh Lahir:
Pekerjaan:
Pendapatan Bulanan: 
No Telefon:

Kami akan janakan 'quotation' untuk anda!


Sunday, 15 November 2015

A-Life Link-i - Perlindungan & Simpanan dalam Satu Pelan



1. Apakah Pelan takaful A-Life Link-i?

A-LifeLink-i adalah produk Takaful Berkait-Pelaburan caruman berkala sehingga umur 100 tahun. Ia menawarkan kombinasi perlindungan takaful dan pelaburan. Apabila orang dilindungi meninggal dunia, ianya membayar jumlah dilindungi (pampasan kematian) dan Nilai Akaun (simpanan). Perlindungan Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal (HUMK) diberi sehingga umur 70 tahun. Pelan ini juga menawarkan:



2. Apakah Manfaat Tambahan (Rider) A-Life Link-i?

Rider adalah manfaat perlindungan tambahan ke atas perlindungan asas yang boleh dipilih  supaya polisi takaful yang dimiliki mampu menawarkan perlindungan yang lebih komprehensif. Kebiasaanya Rider tidak boleh wujud secara bersendirian (kecuali Kad Perubatan AIA Public Takaful) boleh baca selanjutnya di sini

Senarai rider-rider A-Life Link-i beserta keterangan:


Anda boleh memilih mana-mana rider mengikut kesesuaian anda. Semakin banyak rider yang anda pilih, maka semakin meningkatlah caruman Takaful anda. Kami menyarankan anda mengambil rider:

1. A-Plus Med-i (Kad Perubatan)

2. A-Plus Early CricticalCare-i (Pampasan sakit kriktikal tahap-1)
3. A-Plus Total AccidentShield-i (Kemalangan)
4. A-Plus Hospital IncomeExtra-i (Elaun Hospital Harian)
5. A-Plus WaiverExtra-i (Percuma bayaran caruman jika hilang upaya)


Jika anda memilih rider kad perubatan (A-Plus Med-i), di bawah ini disertakan jadual tanggungan oleh Kad Perubatan AIA-Public Takaful (Pelan bilik ward RM150 - RM250):



3. Bagaimana dengan Wang Simpanan (A-Life Link-i)? 


Apabila anda membayar caruman, setelah ditolak caj-caj tertentu maka 60% dari wang caruman anda itu akan dimasukkan ke dalam tabung perlindungan dan lebihan 40% akan dimasukkan ke dalam tabung simpanan pelaburan.


Anda boleh memilih sehingga 4 jenis dana pelaburan unit amanah yang patuh syariah:

1. A-Dana Equity
2. A Dana Income
3. A-Dana Balanced

Wang simpanan ini boleh dikeluarkan pada bila-bila masa sahaja dengan syarat meninggalkan baki minimum sebanyak RM1000. Kami galakkan anda supaya tidak mengeluarkan wang simpanan ini kecuali jika benar-benar memerlukan.


4. Pakej: 1-Keluarga 1-Polisi (A-Life Link-i)


Di bawah pelan Pakej "Takaful Satu Keluarga, Satu Polisi" A-Life Link-i, anda boleh mendaftarkan takaful yang tersayang di bawah polisi anda dengan harga caruman tambahan yang amat berpatutan! (*hanya tanggungan kad perubatan sahaja yang akan diberikan kepada yang tersayang).

Anda boleh memilih:

i. Pakej Individu dan Pasangan (suami + Isteri)
ii. Pakej Individu + 4 orang anak (tidak termasuk pasangan)
iii. Pakej Individu + Pasangan + 4 orang anak (seluruh keluarga)

Sekiranya anda mempunyai 5 orang anak? Hanya 4 orang anak sahaja yang akan ditanggung. Jika anda mempunyai lebih dari 1 isteri? hanya salah satu isteri sahaja yang akan ditanggung. Selebihnya anda perlu mendaftarkan mereka dengan pakej individu. 


5. Berapakah harga pelan A-Life Link-i ini?

Harga adalah berdasarkan umur, status merokok serta jenis pekerjaan. Selalunya harga masih rendah untuk mereka yang berusia 20-39 tahun. Sekitar RM170 - RM280 sahaja sebulan.

Anda sepatutnya berpuas hati dengan pelan ini kerana ianya amatlah memenuhi keperluan perubatan dan pampasan anda yang amat realistik  pada hari ini!

Berminat? Boleh klik gambar 'proposal AIA' di bawah:



Tuesday, 28 October 2014

A-SME Plus-i - Melabur Kepada Pekerja-Pekerja Anda!

Menarik, memotivasi dan mengekalkan pekerja yang baik adalah satu cabaran kepada mana-mana organisasi. Pekerja anda merupakan penggerak di belakang perniagaan anda dan sebagai majikan yang bertanggungjawab, adalah penting bagi anda untuk melabur dalam kesejahteraan mereka. Melaburlah di dalam A-SME Plus-i dan anda boleh memastikan kebajikan pekerja anda akan dijaga degan baik.

A-SME Plus-i direka bagi menguruskan pelan faedah pekerja dalam perusahaan kecil dan sederhana; terutamanya untuk 5-150 orang pekerja. Ia adalah pusat bagi semua keperluan faedah pekerja anda, menyediakan perlindungan maksimum untuk keadaan yang tidak dijangka seperti kematian/kehilangan upaya, penyakit kritikal dan kos perubatan yang semakin meningkat.

Faedah Asas Perubatan

Kemasukan ke Hospital
Lindungi para pekerja anda dengan menyediakan pelan lengkap kemasukan hospital. Dengan pelan ini, mereka dijamin perlindungan perubatan yang mencukupi di masa ianya diperlukan.

Terdapat 5 pelan yang menarik dengan had-had keseluruhan tahunan dari RM10,000 hingga ke RM100,000 dan 2 pelan had dalaman. Ia memberikan anda pilihan untuk menyediakan pelan yang paling sesuai dengan pekerja anda. Anda juga mempunyai pilihan untuk menyediakan perlindungan kemasukan ke hospital untuk tanggungan pekerja.


Faedah Asas Takaful Bertempoh

Kumpulan Faedah Takaful
Faedah Takaful Bertempoh menyediakan perlindungan kewangan kepada pekerja anda sekira berlakunya kematian yang tidak dijangka. Syarikat yang mempunyai bilangan pekerja di antara 11-150 orang akan diberi Had Tanpa Bukti sebanyak RM200,000 tanpa perlu melengkapkan Borang Perakuan Kesihatan Peribadi (Borang C).

Kehilangan Upaya Kekal Menyeluruh
Sekiranya pekerja kehilangan upaya disebabkan oleh kecederaan atau penyakit, bayaran ganti rugi daripada faedah ini akan mengurangkan beban kewangan yang ditanggung pada masa tersebut.

Kehilangan Upaya Kekal Sebahagian
Ganti rugi akan dibayar mengikut Skala Pampasan seperti yang dinyatakan di bawah Jadual Faedah sekiranya berlaku kehilangan upaya kekal sebahagian yang disebabkan oleh penyakit atau kemalangan.

Penyakit Terminal
Pampasan akan dibayar sekiranya Ahli yang Dilindungi meninggal dunia disebabkan oleh Penyakit Terminal yang dihidapi dalam tempoh masa 12 bulan.

Perbelanjaan Penghantaran Pulang
Meliputi perbelanjaan untuk pengangkutan jenazah balik ke Negara Asal jika kematian berlaku semasa Ahli yang Dilindungi berada di luar Malaysia.


Faedah Pilihan Perubatan

Penjagaan Pesakit Luar (Klinik Panel, GP - General Practitioner)
Rider ini menyediakan 2 pilihan untuk perlindungan perubatan pesakit luar bagi kedua-dua Klinik Panel GP dan Pakar. Dengan menyertai rider ini, pekerja anda (dan tanggungannya, jika ada) akan menerima kemudahan bagi kemasukan ke penjagaan di Klinik Panel yang berkualiti. Berserta dengan pelan kemasukan ke hospital, pekerja anda akan menikmati perlindungan penjagaan kesihatan yang komprehensif.




Faedah Pilihan Takaful Bertempoh Kumpulan

Penyakit Kritikal
Penyakit yang serius boleh menyebabkan kesulitan kewangan. Dengan diagnosis penyakit kritikal, ganti rugi akan dibayar. Ini akan membantu mengurangkan beban kewangan.


Faedah Pilihan Perubatan atau Takaful Bertempoh Kumpulan

Saringan Eksekutif
Sekarang anda mempunyai peluang untuk menyediakan faedah tambahan tahunan kepada pekerja anda. Penyaringan kesihatan ini merupakan langkah pencegahan, menyediakan maklumat perubatan yang munasabah untuk fokus terbaik bagi kesihatan.


Ciri-Ciri

Penjagaan Perubatan tanpa Bayaran Tunai (Klinik Panel GP dan Hospital Panel)
Perlindungan penjagaan perubatan pesakit luar tanpa bayaran tunai kepada Ahli/Tanggungan yang Dilindungi di mana-mana klinik Panel GP kami di seluruh negara. Dengan menunjukkan Kad ID Ahli AIA PUBLIC bersama kad pengenalan, Ahli/Tanggungan yang Dilindungi akan menikmati kemudahan penjagaan pesakit luar.

Semasa kemasukan ke hospital, Ahli/tanggungan yang Dilindungi akan terus menikmati kemudahan tanpa bayaran tunai kerana AIA PUBLIC menyediakan perkhidmatan mengeluarkan Surat Jaminan (SJ) kepada Hospital. Perkhidmatan SJ ini adalah pilihan dan disediakan untuk caruman yang lebih tinggi serta tertakluk kepada terma dan syarat.

Rangkaian Perubatan
Nikmati sokongan perubatan yang meluas daripada rangkaian klinik panel GP kami, yang strategik di seluruh negara. Rangkaian kami yang meluas, menawarkan akses mudah, pelbagai pilihan dan keselesaan. Rangkaian perubatan kami juga merangkumi semua hospital besar di seluruh negara.

Pusat Panggilan 24 Jam
Bagi pelanggan kami yang telah mendaftar dengan Faedah Hospital beserta dengan pilihan Surat Jaminan (SJ), sila hubungi Care Line kami di 1300 88 8933, jika anda memerlukan SJ untuk kemasukan hospital.

Jenis Pelan yang Fleksibel
Pilih pelan perlindungan perubatan dan Takaful Bertempoh yang ditawarkan, pelan yang memenuhi keperluan dan mengikut kemampuan anda.

Pemindahan Perubatan Kecemasan
Meliputi Ahli yang Dilindungi semasa dalam perjalanan ke luar negara. Jika berlaku apa-apa kecederaan serius atau penyakit di luar negara, American International Assistance Service Inc. (AIAS) boleh menguruskan dan membayar untuk Pemindahan Perubatan Kecemasan, yang meliputi pengangkutan, perkhidmatan perubatan dan bekalan perubatan perbelanjaan, ke kemudahan perubatan yang terdekat.


SJ = Surat Jaminan

Berminat? Boleh PM Facebook kami, sila klik: https://goo.gl/smqoQ


Thursday, 23 October 2014

Apakah Makna Insurans Dan Takaful?



Artikel ini akan membantu anda memahami insurans dan takaful. Ia mengandungi maklumat tentang jenis produk insurans dan takaful yang terdapat dalam pasaran serta prinsip-prinsip asas insurans dan takaful.


Apakah itu insurans?

Secara mudahnya insurans ialah memindah risiko/kerugian individu seperti anda atau sebuah organisasi seperti syarikat anda kepada syarikat insurans. Ini bermakna syarikat insurans akan membayar segala kerugian yang di tanggung oleh anda. Termasuklah menanggung anda dan nyawa anda seperti risiko kematian, kesakitan, ketidakupayaan dan memasuki wad hospital. Tetapi ianya berfungsi selepas anda membeli polisi insurans. Anda atau syarikat anda dikenali sebagai pemegang polisi.


Apakah itu takaful?

Takaful ialah satu skim insurans berlandaskan prinsip Islam iaitu saling menjamin, apabila sekumpulan peserta bersetuju untuk saling menjamin sesama mereka terhadap kerugian tertentu. Sekiranya anda menyertai skim takaful, anda bersetuju menderma sebahagian daripada caruman ke dalam kumpulan/tabung wang takaful bagi membantu mana-mana peserta kumpulan yang mengalami mana-mana kerugian tertentu. Bergantung pada terma dalam sijil takaful, seseorang peserta juga boleh berkongsi lebihan kumpulan wang takaful sekiranya beliau tidak pernah membuat tuntutan sepanjang tempoh takaful. Sesiapa sahaja boleh menyertai skim takaful tanpa mengira kepercayaan agama seseorang itu


Kenapa membeli insurans atau menyertai skim takaful?

Tujuan memiliki insurans/ takaful adalah untuk mengurangkan beban kewangan anda apabila berlakunya kerugian atau kemalangan. Ini bertujuan agar aktiviti harian anda dan keluarga tidak terganggu. Walau bagaimanapun, pelan insurans/ takaful hanya melindungi anda bagi kerugian yang dinyatakan dalam pelan. Oleh itu, sekiranya anda ingin mendapatkan insurans/ takaful, anda perlu memastikan pelan tersebut meliputi kerugian yang anda perlu lindungi.


Apakah jenis produk insurans/ takaful yang saya perlukan?

Keperluan insurans/ takaful anda bergantung pada keadaan, umur dan gaya hidup anda. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa jenis insurans/ takaful yang diwajibkan oleh undang-undang; contohnya jika anda memiliki kenderaan bermotor, undang-undang mewajibkan anda memiliki perlindungan untuk membayar ganti rugi atas liabiliti yang disebabkan oleh anda kepada orang lain.











Apakah jenis produk insurans/ takaful yang ada?

Anda boleh membeli jenis insurans/ takaful yang berbeza untuk melindungi harta benda, nyawa, kesihatan dan persaraan anda. Terdapat pelbagai jenis produk yang boleh memenuhi keperluan anda. Jenis insurans/ takaful yang biasa didapati ialah:

  • Insurans hayat/ takaful keluarga,  selalunya digunakan sebagai satu cara untuk memberikan bantuan kewangan kepada tanggungan anda sekiranya anda meninggal dunia atau tidak mampu bekerja disebabkan penyakit atau ketidakupayaan. Anda juga boleh menabung atau melabur melalui insurans hayat/ takaful keluarga.
  • Insurans/ takaful motor, yang akan memberikan pampasan bagi kerugian tertentu disebabkan kerosakan pada kenderaan anda akibat kemalangan. Ia turut memberikan pampasan untuk kerugian pihak lain yang diakibatkan oleh kenderaan bermotor anda dalam sesuatu kemalangan.
  • Insurans/ takaful empunya/ isi rumah, yang akan membayar pampasan bagi kerugian tertentu apabila rumah atau harta peribadi anda musnah akibat kejadian seperti kebakaran, banjir, paip pecah dan sebagainya. Anda juga boleh dilindungi daripada tuntutan pihak ketiga yang dibuat berikutan kejadian tersebut.
  • Insurans/ takaful perubatan dan kesihatan, yang membayar pampasan bagi pelbagai jenis perbelanjaan hospital dan perubatan yang anda mungkin tanggung sekiranya anda sakit atau mengalami kecederaan. Pampasan ini termasuk bayaran bilik dan makanan di hospital, perkhidmatan profesional serta keperluan dan perkhidmatan perubatan.
  • Insurans/ takaful kemalangan diri, yang akan membayar sejumlah wang sekiranya anda hilang upaya disebabkan kemalangan atau meninggal dunia.


Bagaimanakah untuk mengetahui sama ada  sesebuah pengendali takaful mematuhi prinsip Syariah?

Jawatankuasa Syariah telah ditubuhkan oleh semua pengendali takaful bagi memastikan operasi takaful mereka sejajar dengan prinsip Syariah. Bank Negara Malaysia juga telah menubuhkan Majlis Penasihat Syariah yang berfungsi sebagai pusat rujukan bagi hal-hal berkaitan perbankan Islam dan takaful di Malaysia.


Di manakah saya boleh memperoleh pelan insurans/ takaful?

Anda boleh membeli polisi insurans/ menyertai pelan takaful:

  • Secara terus daripada syarikat insurans atau pengendali takaful;
  • Melalui ejen berdaftar penasihat kewangan atau broker berlesen; dan
  • Melalui institusi perbankan yang mempunyai pengurusan bankasurans dengan syarikat insurans atau pengurusan banktakaful dengan pengendali takaful.

Perhatian, segala entri dan 80 peratus daripada gambar-gambar yang terkandung di dalam blog ini adalah hasil dari rekaan dan idea www.myaiapublic.com. Gambar-gambar yang terkandung di dalam blog ini mempunyai bandwidth-nya yang tersendiri dan menyebabkan anda tidak boleh sesekali mengambil URL gambar-gambar tersebut. Jika anda ingin berbuat demikian, sila download gambar-gambar yang anda mahu dan upload semula di dalam blog anda. Selepas anda berbuat demikian, sila inform kami melalui ruangan komen, facebook page, email mahupun shoutbox. Sekian, terima kasih.